Pernah tak, tengah-tengah memandu dengan berhemah dan tak kacau orang lain, tiba-tiba kena hon? Ape perasaan korang?
Pernah tak, tengah-tengah korang memandu dengan tenang, tiba-tiba ada kenderaan kluar simpang dengan tiba-tiba?
Saya memang anti dengan perkara-perkara macam ni... Hari ni mood tak baik sikit, so bila di jalanan ada sahaja perkara yang boleh menyakitkan hati... Antaranya... jeng,jeng,jeng...
1. Kena hon. Sekejap tadi tgh drive nak kluar simpang, tiba2... Tenggg!! Omak kaw terkejut!! Den kena hon pulak!! Hoi org balik... sabar sikit boleh kot. Ade keta & motor ok? Ko nak aku langgar motor & keta aku kena langgar keta ke?! (%&^()_)
Bukan ke kita sebelum keluar simpang, kena kena berhenti dulu & tengok kiri kanan? (ala2 macam nak melintas jalan pulak) Kalau jalan da clear baru la boleh kita melintas/kluar simpang. Kalau kite keluar macam tu je, kalau yg ade keta pastu keta tu kene brake mengejut & org belakang hentam die plak...NAK? Da banyak eksiden kat Malaysia ni berkait dengan hal ni-sesuka-suki kluar simpang tak tgk keta. Da pernah jadi kat kawan aku sorang ni. Die dengan tak kacau sesapa drive keta bila tiba2 keta dia kena hentam dengan org yg kluar simpang sesuka-suki...
2. Diekori rapat oleh kenderaan lain. Yang ni pun tak suka jugak! tak suka, tak suka, tak sukaaaaa!! Terutamanya kalau kenderaan tu bas / lori. Vehicles yang besar gedabak... Yang awak suka sangat nak ikut keta saya rapat2 kenapa? Haaa? Jawab sikit. Bile aku ke depan sikit, ko pun sibuk ikut jugak... Ada magnet apa bumper keta aku?
Dulu kan kita belajar (masa nak amik lesen dulu...korang mesti ingat, or maybe not), jangan mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat. Kes ni jadi kat aku. Aku elok berhenti belakang keta depan aku tiba2...dum...!! Keta belakang aku cium bumper Chi kesayanganku. Keta belakang die cium keta die, keta dia cium keta aku... Hebat kan!! Keta pun boleh cium... Die kata aku brake mengejut.. Iyola, nak selamat diri ko kan?? Habis tu yang ko ikut aku rapat2 sape suruh?
3. Org melintas. Ok ko nak melintas depan keta aku, tak kisah.. Tapi, yang ko terhegeh2 bila melintas tu apehal? Suka la bila aku kena slow down & hampir berhenti untuk bagi ko melintas kan? Ko rasa cam tuan puteri bila keta berhenti bagi laluan ek? Boleh gelak2 lagi...sekeh kang!!
4. Slow lane-fast lane @ Highway. Aku bile drive kat highway, sangat suka amik slow lane. Tak yah rush2. (tapi speed aku boleh tahan...tp jarang memotong belah kiri ye. sy pemandu berhemah). Ade a few keta ni, drive slow tapi amik lane tengah. Even keta di slow lane pun lebih laju. Hal ini boleh membuatkan kesesakan di highway!! Pernah sekali ni, keta kembara, driver perempuan di Highway. Dari belakang aku tengok die drive kat lane tengah. Aku kat slow lane la. (Time ni nak balik sungkai, so slow je sebab biasanya mood denial tak nak balik. XD ) Keta2 belakang Kembara tu kena slow down ikut je die. Nak memotong susah skit sebab banyak keta laju kat fast lane. So ade la yang memotong belah kiri. Waktu tu, sah2 slow lane sangat la tenang takde keta... Aku tengok kembara tu, masuk lane kiri, pastu tengah balik. Sangat la pelik bagiku... Kenapa nak tukar2 lane. It's not like ade keta depan ko, ko kena memotong...
So...hal2 yang macam ni la yang buat aku membebel sorg2 dalam keta. Nasib org2 macam ni takleh dengar ape yang aku bebelkan, kan? Kalau tak mesti kena marah... XDDD
Apepun, bile drive, kita haruslah....
Bak kata Nabil. lu pikir la sendiri..!!
No comments:
Post a Comment