Wednesday, August 11, 2010

Preng...preng...prenggg : Day1

Sudah lama tidak berblogging... byk benda nak diutarakan tapi masanya selalu tiada. Sibuk tengok TV dgn main game. Sementara nak tunggu berbuka ni, blogging la skejap.

Awal minggu ni bermula la pengembaraan ke sekolah menaiki motorsikal. Al-kisahnya, pakcik yang selalu bawa kami tu ade masalah peribadi & tak bolhe nak bw kami da. So sementara nak menunggu kereta Cik Renushree terpaksa la kami membonceng motorsikal En Izwan & En Wan Idris. Nak suruh kami bawa motor sendri, minta maaf la ye. Dua2 tak reti nak bawa. Nak start pun tak tau cane. 

So, pagi2 kami berdua da tercongok kat Perhilitan tunggu 2 Putera kami. (Cewahhh!!!) Putera2 yang lain (Cikgu2 le) ade yang da jln dulu, tp ada yg slow down depan kami sambil tny nak tumpang tak. Paling best PK KO-KO Tuan Haji offerkan diri. Takpa ehhh...Tuan Haji. Kami naik dengan dua jejaka hensem yg dtg sat g...Hahaha!! Pagi tu En. Izwan bawa laju boleh tahan ar... Tapi En Wan Idris da bawa lari kawan sy. Deras!! Amboih!! Sampai sekolah, budak semua da tersenyum2 je tgk dua cikgu perempuan dorg naik dgn cikgu laki. Nak buat camna anak2 muridku. Kalau tak tumpang dema, bersuka ria la kamu dlm kelas kami takdak.

Time balik plak, En Wan Idris ada kelas tuisyen. So Cik Renu kena la naik dgn En Affandi. Seperti biasa, sy dgn En Izwan. Xmo org lain dah.... (Cet, memilih seyh!!) Disebabkan En Affandi mmg naturenye bw motor slow, En Izwan pun slow la jugak. Tgh2 jalan en Izwan tny, Syai, ada lg tak kat belakang tu? Tergelak besar sy kat belakang. Ada lagi. jgn risau. Pegang tempat belakang tu punya kuat. Takut jatuh. Sampai da timbul muscle dok pegang kuat2. So tanya balik kat en Izwan. Awat tanya sy ade kat belakang lg ke tak? Jawabnye, Ye ar, senyap je. Tetiba terasa ringan belakang ni. Takut da jatuh je. Tergelak besar lg... Ringan sgt kah? Boleh la... Memang la senyap kat belakang tu. 1. Takut punya pasal. Da melambung2 da kat belakang tu sebenarnya. tp control jer. hihi 2. Da pakai helmet, satu benda pun tak dengar. Nak borak cam ne? Lagi satu, motor laju. takut da terkata ape2 da.... hehe...

Alhamdulillah, akhirnya selamat juga kami berdua sampai di Perhilitan. Sampai kat situ, pakcik Perhilitan da tunggu sambil tersenyum. Pakcik, tumpang parking keta sini ye utk seminggu. Hihi...

Kat sekolah hari Isnin hari tu pun ada kisah menarik jugak. Puas la kami bertungkus-lumus menyiapkan pek makanan utk budak2 RMT. (260 pek) Tergopoh gapah kami dibuatnya. Habis rehat, kami plak berehat. huhu...Mintak maaf la kelas tahun 1,2 & 3. Sebab nak siapkan makanan kamu, cikgu2 kamu tak sempat rehat masa rehat td. Sederet kelas takdak cikgu.... Makan cepat2 pi masuk kelas tahun 1. Ape ye yg jadi hari tu...Hmmm...lupa pulak. Oh ye...sebelum tu ajr things in the classroom. pencil, chair, table, etc... Anak2 murid tahun 1 ku yg nakal ni telah mengharukan teacher mereka. Ada yang da boleh kenal objek dan eja dengan betul objek tu. Seronok teacher. ni yg syg ni.... Igt nak dok lama skit dlm kelas tahun1. Tapi tiba2 Cikgu Akmal plak dtg nak bw budak p library. Memang waktu dia pun. Huu...nak wat camne, Cikgu Akmal kesayangan kamu da panggil. Tp sebelum teacher kluar, nak jugak dgr lagu watermelon yg cikgu ajr dulu. Da lama tak dgr kamu nyanyi. 1,2, 3... mula2 la anak2 ni nyanyi. Wah, skali lg sy terharu.... huhu... Ok la, bye2. see you tomoro plak ye.

Sebelum balik, masuk lg Tahun 1. Nak pinjam3 org budak. nak bg dorg hbskan test BI. Tp semuanya kat library. ade la yg tertinggal kat situ. takpe la. buat la sape yg ade. Da hbs jwb test, sorg budak dtg dekat. "Cikgu, Siti Noraini sakit." Laaa...sakit ape plak. Demam ke? Si kecik ni pun tunjukla siku nye yg luka. Wahhh...terperanjat dibuatnya. Lukanya besar sampai nmpk isi daging. Tp si kecik ni rilek je. Cam tak sakit pun. Cikgu dia plak yang cuak. Nak buat camne ni? Tanya budak tu. Bila jatuh? dekat mana jatuh? Jatuh dekat sungai. Kena batu. Nasib baik masa cuti hari tu. Kalau masa sekolah haru plak kami nak menjawabnye. Last2 nampak Cikgu Fikri.Suruh la budak2 ni panggil dia. Datang Cikgu Fikri, terkejut die tgk tgn budak. Lantas di bawa ke Bilik Guru. Teacher pun mengekor sama, sambil diikuti segerombolan budak2 tahnu 1, 2 & 3. Sibuk je la kamu ni. Balik kelas la. Tapi sorg pun tak berganjak. Lantak pi la kamu. Datang Cikgu Wan Idris, semua kena halau. Haaa...bagus!! Satu Bilik guru kami geledah cari cotton wool dengan ubat nak letak kat siku budak tu. Bila da jumpa, cuci dulu dgn air, baru letak ubat. Takut gak bile cuci luka. Takut sakit. Cikgu Wan Idris plak dok kat tepi tu, mengagah si kecik ni bg senyum supaya tak rs sakit. Comel la pulak tgk die melayan si kecik nih. hihihi... Ok, da cuci boleh letak ubat. Da letak ubat boleh balut. Dah balut, bolehla kamu balik. Mencecit si kecik ni lari balik kelas. Cikgu pun tanya... Siti Noraini, kena ckp ape? "Good morning!!" Cets...org nak suruh ckp terima kasih, good morning plak jadinye. ape2 aje la... 

Seronok sungguh hari Isnin lepas!! :-D

2 comments:

  1. Bestnyer idup sbg ckgu ko nie ek... hehehehe.. siap nek moto~~ehem2... hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Haha...best la sgt. Sakit lutut aku. ehem2 tu da ade makwe la. jgn dikaco pakwe org. Hihi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...